cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Sunday, February 22, 2009

Minggu 2 Oktober


Beberapa helaian diari dah hilang , jadi tak tahu apa kejadian yang berlaku antara 29 September hingga 6 Oktober. Hmm misterinya. Macam filem 'National Treasure 2 Book of Secrets'. Catatan pada 7 Oktober yang hanya separuh berakhir dengan ....

  ....tiada datang (Ustaz Sahar) dan terus pergi bacha kenduri di rumah Osman bekas  setiausaha kg. Pasir. Malam tidur di rumah Razak kerana rumah saya ramai orang.

8/10 Ahad. Saya tiada pergi kemana2 hanya di rumah saja.

9/10 Isnin. Saya kerja seperti biasa saja.

10/10 .Selasa kerja ba. (ayat tak habis)

11/10 Rabu Saya kerja seperti biasa juga

12/10 Khamis (tiada catatan)

13/10 Jumaat saya pergi juga sembahyang

14/10. Sabtu Munir datang rumah saya. Jam 1.30 dia-nya balek. Malam saya pergi Lake    Garden  rombongan daripada Russia.

15/10. Ahad Saya tiada pergi mana2 hanya di rumah saja


Razak dalam catatan ini pasti Pak Cik Razak yang tinggal di Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka. Suara garau merupakan trademark dirinya. 



lukisan kucing - rasanya saya yang lukis!!

Labels:

Friday, February 13, 2009

Bagaimana electric mendapat nama


Hari ini saya minta pelajar menceritakan satu kisah lucu yang mereka tahu. Ini antara cerita yang mereka tulis - salin semula sebenarnya/

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada  perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil daripada perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya .... Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu. saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi,entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

" Ele...trick aje tu... ele... trick aje... ele trick!" (bermaksud tipu)

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu itu menyala disebabkan oleh kuasa 'ele...trick'. jadi digunakanlah perkataan 'ELE...TRICK' yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.

-dipetik daripada www.yynr.org

HAHA!


Labels:

Tuesday, February 10, 2009

Minggu ke 3 September


Rasanya minggu ini bapa saya tak sibuk. Semuanya berjalan macam biasa, hingga tiada apa yang menarik untuk dijadikan bahan catatan diarinya.


18/9 Isnin Kerja seperti biasa

21/9 Khamis  Saya misti hazir di hospital beranak ambil surat beranak di hospital.

22/9 Juma'at Kerja seperti biasa saja

23/9 Sabtu. Salmiah datang ka rumah saya kerana bagi hadiah kpd Amirrudin

24/9 Ahad. Saya tiada pergi mana 2 hanya di- rumah saja

Memang boring kalau tiada apa yang nak dibuat. Samalah macam menulis blog. Kalau semuanya macam biasa seperti tugas di sekolah ini, memanglah boring. Jadi kenalah buat sesuatu yang luarbiasa.

Minggu berikutnya banyak catatan dalam diari ini. 

25/9 Isnin kerja seperti biasa saja ambil barang2 untuk pertukaran

26/9 Selasa. pergi Setapak tukar barang2 perumahan. Hamid kuli setor hari ini tunjokan kerusi malas kpd Mr. Nayar kata-nya Setor Setapak punya.

27/9 Rabu. Saya dapat gaji jam 2.00 petang. balek karumah Busu Sarah. Normi datang rumah saya.

28/9 Khamis. Nasir datang jam 5.00 petang. Pada jam 12.00 malam Busu Salleh ....

Helaian diari seterusnya dah hilang. Koyak agaknya . Maklumlah dah berusia 40 tahun. Jadi taklah diketahui mengapa Busu Salleh datang pada tengah malam itu. Busu Salleh dan Busu Sarah ialah  suami isteri. Busu Sarah, kakak kepada ibu sebelah bapa. Dia meninggal dunia pada tahun 70-an kerana kemalangan jalan raya. Saya tidak ingat peristiwa yang sebenar. Busu Sarah dikebumikan 
di Pangkalan Balak, Masjid Tanah Melaka.

Berapa banyak gaji yang bapa saya peroleh sebulan - sayapun tak tahu. Tapi menurut ibu, setiap kali berbelanja boleh penuh kereta . Barang murah gila masa itu. Nasi lemak baru 10 sen!

Labels:

Monday, February 9, 2009

Cerita 2- salakan anjing



Pongee - drpd Bevee wordpress

Terdapat beratus-ratus kisah haiwan dalam koleksi saya. Kisah yang paling banyak ialah tentang anjing. Anjing teman rapat manusia sejak zaman dahulu. Haiwan yang paling setia dan sanggup berkorban demi tuannya. Ingat kisah anjing ini, ingat pula pada Pongee. Sahabat setia Bevee.

Di Clifton, New Jersey Amerika Syarikat. Majlis Perbandaran Clifton memperkenalkan akta bagi mengehadkan tempoh anjng boleh menyalak demi menjaga ketenteraman penduduk bandar itu.

Menurut akta itu, anjing yang menyalak lebih 30 minit pada dua hari berturut-turut akan mennyebabkan pemiliknya dikenakan denda.

Bandar itu sebelum ini mencatatkan tahap kebisingan yang tinggi termasuk akibat salakan anjing. Tahun lalu (tak tahu tahun berapa) Jabatan Kesihatan menghantar 11 surat amaran kepada pemilik anjing.

"Denda kesalahan ini adalah sekurang-kurangnya USD 250 (RM900)", kata jurucakap jabatan kesihatan, John Biegel sambil berkata sebanyak 3756 lesen anjing dikeluarkan di bandar itu tahun lalu.

Menghalang anjing menyalak samalah seperti menghalang ayam berkokok, kucing mengiau, burung berkicau, kambing mengembek, itik me....- errr bunyi itik bagaimana ya?. Dah memang cara anjing berkomunikasi ialah dengan menyalak. Sakit pun menyalak, gembira pun menyalak, mengawan lagilah panjang salakannya!

Kalau Bevee tinggal di Clifton, eloklah suruh Pongee belajar mengiau atau berkokok!!


Labels:

Cerita 1 - budak tomato


Ketika Gaza dihujani peluru yang tidak bermata daripada syaitan bernama Yahudi selama 22 hari ( 60 tahun lebih tepat) , 1.5 juta penduduk Gaza mencari perlindungan dicelah-celah runtuhan rumah mereka. Apa yang mereka dapat lakukan selain berlindung dengan penuh ketakutan sambil berdoa kepada Allah moga ada esok bagi mereka.

Di sebuah kampung yang 50 penduduknya diseksa kejam sebelum dibunuh tentera Yahudi. Tentera Israel membunuh mereka dengan cara meletupkan mereka hingga menjadi serpihan tulang halus. Hmm.. kreatif sungguh cara pembunuhan mereka.

Dalam keadaan itu, masih ada ruang kemanusian mengambil tempat. Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah berjaya menyelamatkan dua mangsa yang tersepit di bawah runtuhan ruma selama tiga hari sejurus serangan Israel.

Budak lelaki berkenaan sanggup berulang alik ke  tapak runtuhan itu dengan membawa tomato untuk disuapkan kepada mangsa yang hanya mampu membuka mulut. Tomato yang sepatutnya menjadi makanan penyambung nyawa budak lelaki itu telah menjadi penyelamat bagi dua kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Jika kita di Malaysia, mewah dengan makanan masih mengadu tak dapat mengecapi makanan yang enak, masih membazir dengan membuang sisa makanan yang masih elok, bayangkan nasib mereka seperti di Gaza itu. Hanya dengan buah tomato berjaya menyelamatka nyawa. Moga Allah memperuntukkan syurga untuk budak itu di akhirat nanti - Amin


Labels:

Wednesday, February 4, 2009

Minggu Yang sibuk


Isteri Abang Shariff dengan anaknya


Gaya seorang pegawai penyiasat polis - Abang Shariff


Mohd Manan (kiri) dan bapa saya sedang memegang gambar isteri masing-masing.

Catatan berikut sekadar....

11/9 ISNIN kerja seperti biasa

12/9 SELASA 

13/9 RABU

14/9 KHAMIS pergi beli ubat rempah ratus

15/9 JUMA'AT kerja seperti biasa saja naik bas

Halaman berikutnya tarikh diulang lagi tapi catatan yang lain . Tak tahulah apa yang berlaku pada waktu itu. Hilang kalendar agaknya.

Minggu ke-2 September

10/9 AHAD Isteri saya balek dari hospital beranak pada jam 1.15 tengah hari

11/9 ISNIN Saya mulai kerja daripada cuti 4 hari

12/9 SELASA Saya pos surat beranak anak saya Amirrudin

13/9 RABU Hassan sama kerja dengan saya balek Kelantan isteri taligramp (sakit kuat)

14/9 KHAMIS Saya kerja seperti biasa saja dan Abu Bakar Engkuti sama2 ada menolong saya.

15/9 JUMA'AT Saya kerja dengan Bakar Engkuti. Kpl Mansor chuti tapi 9 1/2 dia ada datang juga pakai awam saja

16/9 SABTU CHUTI HARI JADI TENTERA
Hanya dalam kemp2 (tak tahu apa maksud) saja. pagi saya pergi Ulu Klang chai rebong di rumah Mohd Manan

17/9 Saya tiada pergi mana2 hanya dirumah saja kerja2 rengan. Jam 5.45 Abang REFEN dengan isteri-nya datang ka-rumah saya juga Abang Shariff dengan isteri-nya. Kakak Rokiah dengan Mohd Manan pada jam 6.15. Mereka pun balek ka-rumah nya masing2 abang Refen balek Klang juga pada hari itu. Pada jam 4.15 petang Engah Enchah dengan Engah Borhan (anak Che Ma) datang ka-rumah saya singgah sebentar kerana pergi hospital anak-nya sakit kerongkong Ward 2

Nampaknya hujung minggu itu, rumah bapa saya penuh dengan tetamua. Pasti mereka datang  kerana nak lihat saya! Hehe! baby comel memang sentiasa menarik perhatian orang dewasa. Tentu masa Bevee lahir dulu semua orang nak lihat, cubit pipi, dukung, ba..ba..chak! Yalah .. comel katakan . Apatah lagi kalau anak pertama. Masih ada orang dukung Bevee sekarang? Saya sanggup!!!

Abang Refen (Ariffin), Kak Rokiah adalah abang dan kakak kepada ibu saya. Engah Borhan, saudara sebelah bapa. Abang Shariff, Engah Borhan dan Engah Enchah sudahpun meninggal dunia sekarang. Semasa cuti disember tahun lalu, ibu dan bapa saya mengunjungi isteri Abang Shariff - Makcik Rohaya dan abang Refen yang sekarang tinggal di Puchong Selangor. Lama mereka tak berjumpa. Makcik Rokiah dan suaminya Mohd Manan, bertemu dengan kami di rumah abang ibu saya di Tanjung Karang semasa sambutan Hari Raya Haji yang lalu.


Labels:

Tuesday, February 3, 2009

Minggu Pertama September


Berikut merupakan catatan diari bapa saya pada minggu pertama September 1967

4/9 ISNIN:- Jam 5.31 petang isteri saya bersalin anak laki2 beratnya 5 - 11 ce panjang-nya 19" dalam keadaan sehat dan segar.

5/9 SELASA:- Saya pergi temu duga di Bengkel Pusat Batu Garden tetapi di- batalkan

6/9 RABU:- Saya mulai chuti 4 hari sampai Ahad kerana isteri bersalin

7/9 KHAMIS :- JAM 9 1/2 SGT Hamid sebelah rumah saya balek drpd Sabah

8/9 JUMA'AT:_ Saya tidak kemana hanya pergi hospital melawat isteri saya

9/9 SABTU:- di jangka isteri saya balek tapi di tangguh

10/9 AHAD:- Pada  jam 1.15 saya balek dari hospital

Minggu yang sibuk bagi bapa saya. Menurut cerita ibu saya, ketika saya dilahirkan tali pusat (placenta) berbelit di seluruh badan. Kata orang tua-tua, kata orang bukan kata saya, bayi yang dilahirkan begini akan nampak sesuai dengan apa jua pakaian atau benda yang digunakannya. Hmmm.. rasanya macam boleh percaya saja. Cuma yang tak bestnya - nenak saya buangkan placenta itu ke dalam lombong di belakang rumah (rumah dekat bekas tasik lombong bijih timah di Setapak)

Sepatutnya placenta dan urinya di tanam. Nenek saya buang saja dalam lombong.Apa kesannya kepada bayi?. Duh! Saya suka main air! Jika saya menangis pada waktu itu, ibu akan berikan sedulang air . Saya akan menepuk air itu sambil ketawa kegembiraan. Jadi, tak ganggu orang lain. Sampai sekarangpun saya suka dengan hujan. Seronok rasanya menunggang motor dalam hujan lebat. Cool!!


Labels: