cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Tuesday, February 10, 2009

Minggu ke 3 September


Rasanya minggu ini bapa saya tak sibuk. Semuanya berjalan macam biasa, hingga tiada apa yang menarik untuk dijadikan bahan catatan diarinya.


18/9 Isnin Kerja seperti biasa

21/9 Khamis  Saya misti hazir di hospital beranak ambil surat beranak di hospital.

22/9 Juma'at Kerja seperti biasa saja

23/9 Sabtu. Salmiah datang ka rumah saya kerana bagi hadiah kpd Amirrudin

24/9 Ahad. Saya tiada pergi mana 2 hanya di- rumah saja

Memang boring kalau tiada apa yang nak dibuat. Samalah macam menulis blog. Kalau semuanya macam biasa seperti tugas di sekolah ini, memanglah boring. Jadi kenalah buat sesuatu yang luarbiasa.

Minggu berikutnya banyak catatan dalam diari ini. 

25/9 Isnin kerja seperti biasa saja ambil barang2 untuk pertukaran

26/9 Selasa. pergi Setapak tukar barang2 perumahan. Hamid kuli setor hari ini tunjokan kerusi malas kpd Mr. Nayar kata-nya Setor Setapak punya.

27/9 Rabu. Saya dapat gaji jam 2.00 petang. balek karumah Busu Sarah. Normi datang rumah saya.

28/9 Khamis. Nasir datang jam 5.00 petang. Pada jam 12.00 malam Busu Salleh ....

Helaian diari seterusnya dah hilang. Koyak agaknya . Maklumlah dah berusia 40 tahun. Jadi taklah diketahui mengapa Busu Salleh datang pada tengah malam itu. Busu Salleh dan Busu Sarah ialah  suami isteri. Busu Sarah, kakak kepada ibu sebelah bapa. Dia meninggal dunia pada tahun 70-an kerana kemalangan jalan raya. Saya tidak ingat peristiwa yang sebenar. Busu Sarah dikebumikan 
di Pangkalan Balak, Masjid Tanah Melaka.

Berapa banyak gaji yang bapa saya peroleh sebulan - sayapun tak tahu. Tapi menurut ibu, setiap kali berbelanja boleh penuh kereta . Barang murah gila masa itu. Nasi lemak baru 10 sen!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home