cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Tuesday, February 3, 2009

Minggu Pertama September


Berikut merupakan catatan diari bapa saya pada minggu pertama September 1967

4/9 ISNIN:- Jam 5.31 petang isteri saya bersalin anak laki2 beratnya 5 - 11 ce panjang-nya 19" dalam keadaan sehat dan segar.

5/9 SELASA:- Saya pergi temu duga di Bengkel Pusat Batu Garden tetapi di- batalkan

6/9 RABU:- Saya mulai chuti 4 hari sampai Ahad kerana isteri bersalin

7/9 KHAMIS :- JAM 9 1/2 SGT Hamid sebelah rumah saya balek drpd Sabah

8/9 JUMA'AT:_ Saya tidak kemana hanya pergi hospital melawat isteri saya

9/9 SABTU:- di jangka isteri saya balek tapi di tangguh

10/9 AHAD:- Pada  jam 1.15 saya balek dari hospital

Minggu yang sibuk bagi bapa saya. Menurut cerita ibu saya, ketika saya dilahirkan tali pusat (placenta) berbelit di seluruh badan. Kata orang tua-tua, kata orang bukan kata saya, bayi yang dilahirkan begini akan nampak sesuai dengan apa jua pakaian atau benda yang digunakannya. Hmmm.. rasanya macam boleh percaya saja. Cuma yang tak bestnya - nenak saya buangkan placenta itu ke dalam lombong di belakang rumah (rumah dekat bekas tasik lombong bijih timah di Setapak)

Sepatutnya placenta dan urinya di tanam. Nenek saya buang saja dalam lombong.Apa kesannya kepada bayi?. Duh! Saya suka main air! Jika saya menangis pada waktu itu, ibu akan berikan sedulang air . Saya akan menepuk air itu sambil ketawa kegembiraan. Jadi, tak ganggu orang lain. Sampai sekarangpun saya suka dengan hujan. Seronok rasanya menunggang motor dalam hujan lebat. Cool!!


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home