cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Monday, February 9, 2009

Cerita 2- salakan anjing



Pongee - drpd Bevee wordpress

Terdapat beratus-ratus kisah haiwan dalam koleksi saya. Kisah yang paling banyak ialah tentang anjing. Anjing teman rapat manusia sejak zaman dahulu. Haiwan yang paling setia dan sanggup berkorban demi tuannya. Ingat kisah anjing ini, ingat pula pada Pongee. Sahabat setia Bevee.

Di Clifton, New Jersey Amerika Syarikat. Majlis Perbandaran Clifton memperkenalkan akta bagi mengehadkan tempoh anjng boleh menyalak demi menjaga ketenteraman penduduk bandar itu.

Menurut akta itu, anjing yang menyalak lebih 30 minit pada dua hari berturut-turut akan mennyebabkan pemiliknya dikenakan denda.

Bandar itu sebelum ini mencatatkan tahap kebisingan yang tinggi termasuk akibat salakan anjing. Tahun lalu (tak tahu tahun berapa) Jabatan Kesihatan menghantar 11 surat amaran kepada pemilik anjing.

"Denda kesalahan ini adalah sekurang-kurangnya USD 250 (RM900)", kata jurucakap jabatan kesihatan, John Biegel sambil berkata sebanyak 3756 lesen anjing dikeluarkan di bandar itu tahun lalu.

Menghalang anjing menyalak samalah seperti menghalang ayam berkokok, kucing mengiau, burung berkicau, kambing mengembek, itik me....- errr bunyi itik bagaimana ya?. Dah memang cara anjing berkomunikasi ialah dengan menyalak. Sakit pun menyalak, gembira pun menyalak, mengawan lagilah panjang salakannya!

Kalau Bevee tinggal di Clifton, eloklah suruh Pongee belajar mengiau atau berkokok!!


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home