cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Sunday, February 1, 2009




Diari 1967

Inilah diari yang menjadi asas penulisan kali ini. Diari ini sudah nampak usang. Kedua-dua kulitnya sudah tertanggal. Namun isinya masih jelas dan dapat dibaca. Dakwat 40 tahun lalu masih tidak terjejas. Ada banyak diari seperti ini dalam simpan bapa saya. Hmm.. bapa saya dah jadi blogger pada ketika Bill Gates masih belum lahir. Jadi, bakat penulisan ini memang saya warisi daripada bapa saya.

Banyak perkara menarik ada dalam diari ini. Sebelum ini saya ada mengatakan bahawa post kali ini tidak ada foto. Tapi saya dapati ada beberapa  lakaran menarik (lucu) dalam diari berkenaan - saya yang buat. Juga ada catatan yang saya fikir perlu dibuktikan dengan foto supaya lebih  kredibiliti.

Saya juga mempunyai banyak koleksi foto lama berkaitan bapa saya semasa dia masih bekerja dulu. Contohnya seperti foto di bawah ini. India itu bukannya Sammy Vello. Kalau dia Sammy Vello tentu bapa saya dah jadi YB! Ini gambarnya semasa bertugas sebagai T.A di kem Wardieburn ( perang mati bakar)


Bapa bersama kawannya (duduk)


Tulisan tangan dalam diari

Tulisan tangan bapa saya memang kemas. Sekolah pada waktu itu ada mata pelajaran tulisan cantik. Sesiapa yang tidak menulis dengan cantik, jarinya akan dipukul dengan tepi pembaris. Jadi, pelajar yang takut kena pukul guru akan menulis sehabis cantik. Perhatikan tulisan tangan orang-orang lama. Memang kemas, teratur dan cantik. Bandingkan dengan tulisan tangan pelajar sekarang. Zaman internet ini kita boleh pilih apa jua font yang kita mahukan.

Untuk post berikutnya saya akam memulakannya dengan catatan 5 hari untuk setiap post. Mungkin kurang jika catatan diari ini panjang. Jika perlu saya akan memberikan komen. 

Selain daripada catatan diari, cerita-cerita pendek akan dipostkan juga. Proses membukukan cerita berkenaan sedang dalam proses. Lambat lagi nak habis. Kena tampal mengikut tema. Proses yang leceh tapi menarik. Kerja orang yang ada banyak masa.

Selamat membaca!


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home