Pengenalan
Selamat datang ke blog ke dua saya . Blog ini akan memaparkan kisah-kisah menarik yang saya kumpul sejak sekian lama. Cerita ini diambil daripada ruangan macam-macam dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Terdapat ratusan keratan akhbar cerita menarik yang telah saya kumpulkan sejak sekian lama.
Sekarang saya ingin berkongsi cerita berkenaan dengan para pembaca sekalian. Selain itu, saya juga akan mengembalikan nostalgia bapa saya sejak dari tahun 60-an hinggalah awal 80-an melalui catatan diari beliau. Diari paling tua rasanya dah berumur 40 tahun. Lama dah tu. Boleh jadi bahan catatan muzium. Macam-macam yang bapa saya tulis. Walaupun diari ini taklah sehebat diari Ann Frank tapi catatan ini amat bermakna bagi bapa saya. Ada antara pengalaman beliau yang selari dengan fakta sejarah Malaysia terutama peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur pada masa itu.
Sebagai jurufoto, saya akan perlihatkan koleksi foto yang saya rakamkan sendiri. Pengalaman bertugas di Miri telah saya abadikan dalam bentuk foto. Begitu juga pengalaman semasa bercuti di kampung. Terdapat juga foto pilihan yang dirasakan amat bermakna bagi diri ini. Pembaca blog boleh download foto berkenaan tapi hendaklah memberikan kredit pada foto berkenaan dengan menyatakan sumber atau cukup dengan - koleksi foto Amy
Blog ini tiada foto kecuali dalam ruangan foto pilihan. Kalau nak lihat foto tentang sekolah saya iaitu SMK CHUNG HUA, MIRI sila ke http://buragas72.livejournal.com
Apa jua peristiwa yang berlaku disekolah, akan saya muatkan dalam blog ini.
Selamat membaca
Labels: Salam pengenalan
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home