cerita pendek amir

Himpunan cerita pendek daripada pelbagai sumber. Termasuk petikan daripada diari bapa daripada catatannya sejak 40 tahun lalu. Semua cerita ini berdasarkan kisah benar dan bukan rekaan. Kalau tak percaya, percayalah.

Wednesday, February 4, 2009

Minggu Yang sibuk


Isteri Abang Shariff dengan anaknya


Gaya seorang pegawai penyiasat polis - Abang Shariff


Mohd Manan (kiri) dan bapa saya sedang memegang gambar isteri masing-masing.

Catatan berikut sekadar....

11/9 ISNIN kerja seperti biasa

12/9 SELASA 

13/9 RABU

14/9 KHAMIS pergi beli ubat rempah ratus

15/9 JUMA'AT kerja seperti biasa saja naik bas

Halaman berikutnya tarikh diulang lagi tapi catatan yang lain . Tak tahulah apa yang berlaku pada waktu itu. Hilang kalendar agaknya.

Minggu ke-2 September

10/9 AHAD Isteri saya balek dari hospital beranak pada jam 1.15 tengah hari

11/9 ISNIN Saya mulai kerja daripada cuti 4 hari

12/9 SELASA Saya pos surat beranak anak saya Amirrudin

13/9 RABU Hassan sama kerja dengan saya balek Kelantan isteri taligramp (sakit kuat)

14/9 KHAMIS Saya kerja seperti biasa saja dan Abu Bakar Engkuti sama2 ada menolong saya.

15/9 JUMA'AT Saya kerja dengan Bakar Engkuti. Kpl Mansor chuti tapi 9 1/2 dia ada datang juga pakai awam saja

16/9 SABTU CHUTI HARI JADI TENTERA
Hanya dalam kemp2 (tak tahu apa maksud) saja. pagi saya pergi Ulu Klang chai rebong di rumah Mohd Manan

17/9 Saya tiada pergi mana2 hanya dirumah saja kerja2 rengan. Jam 5.45 Abang REFEN dengan isteri-nya datang ka-rumah saya juga Abang Shariff dengan isteri-nya. Kakak Rokiah dengan Mohd Manan pada jam 6.15. Mereka pun balek ka-rumah nya masing2 abang Refen balek Klang juga pada hari itu. Pada jam 4.15 petang Engah Enchah dengan Engah Borhan (anak Che Ma) datang ka-rumah saya singgah sebentar kerana pergi hospital anak-nya sakit kerongkong Ward 2

Nampaknya hujung minggu itu, rumah bapa saya penuh dengan tetamua. Pasti mereka datang  kerana nak lihat saya! Hehe! baby comel memang sentiasa menarik perhatian orang dewasa. Tentu masa Bevee lahir dulu semua orang nak lihat, cubit pipi, dukung, ba..ba..chak! Yalah .. comel katakan . Apatah lagi kalau anak pertama. Masih ada orang dukung Bevee sekarang? Saya sanggup!!!

Abang Refen (Ariffin), Kak Rokiah adalah abang dan kakak kepada ibu saya. Engah Borhan, saudara sebelah bapa. Abang Shariff, Engah Borhan dan Engah Enchah sudahpun meninggal dunia sekarang. Semasa cuti disember tahun lalu, ibu dan bapa saya mengunjungi isteri Abang Shariff - Makcik Rohaya dan abang Refen yang sekarang tinggal di Puchong Selangor. Lama mereka tak berjumpa. Makcik Rokiah dan suaminya Mohd Manan, bertemu dengan kami di rumah abang ibu saya di Tanjung Karang semasa sambutan Hari Raya Haji yang lalu.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home